Monday, June 3, 2013

Ego


Perempuan dan lelaki. Hampir sama. Yang bedanya cuma ciri fizikal. Kau nak kata pemikiran perempuan dan lelaki lain? Ah, sama sahaja. Yang membedakan hanyalah cara mereka menzahirkan pemikiran tersebut.

EGO. Benda ini wajib ada dengan setiap orang. Lelaki mahupun perempuan. Semua juga punya rasa EGO. Cuma yang bedanya adalah level ego tersebut.

Aku pelik dengan manusia, makin sayang makin kau nak tambah level EGO kau. Kau dah kenapa? Suka melihat orang yang kau sayang menangis kerana EGO kau? Kalau betul betul sayang, cuba kurangkan EGO kau. Tak salah bukan? Lagi membaiki perhubungan kau ada lah. Apa yang susah sangat?

Kerana EGO, setiap kalau kau bercakap telefon kau hanya tahu marah marah. Tapi bila tidak bercakap kau pula yang rindu.

Kalau susah sangat nak kurangkan level EGO kau tu, tinggalkan dia. Apa kau bahagia lihat dia sentiasa menangis kerana kau terlalu EGO?

Jangan sampai nanti dia tinggalkan kau dan kau pula yang jadi seperti "sejujurnya ku tak bisa hidup tanpa ada kamu aku gila".

Padan muka kau.

Kau sendiri yang minta dari awal bukan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails